(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 7 Jun- Rangkaian 5G telah mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei 2023, melibatkan 5,058 tapak.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan peningkatan 2.6 peratus daripada 59.5 peratus CoPA yang dicatatkan pada April.
(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil/BERNAMA)
"Kita lihat ia akan mencapai 80 peratus liputan menjelang akhir tahun ini dan telah capai sebanyak 62.1 pada akhir Mei. Perkara yang akan menjadi minat khusus bagi semua adalah peralihan kepada DwiRangkaian Borong (DWN), yang akan diterajui oleh entiti swasta,” katanya.
Beliau berucap pada persidangan Invest Malaysia Siri 2 di ibu negara.
Jelasnya, semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) menyatakan komitmen penuh dalam pelaksanaan 5G dan terlibat dalam perbincangan menerusi Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia yang ditubuhkan bulan lepas.
Pada sama, kerjasama antara pihak swasta dan awam juga penting bagi memastikan jangkauan Digital Malaysia yang meluas dan menghubungkan rakyat, perniagaan dan kerajaan.