fb fb fb fb fb

Cadangan tambah bekalan gula pada musim perayaan dipertimbang

(Foto fail)

SHAH ALAM, 7 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata berdasarkan krisis dihadapi di pasaran sebelum ini, langkah itu boleh dilaksanakan sebagai antara penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan.

"Saya minta kerjasama pengguna kalau kebetulan mereka pergi ke kedai runcit di Padang Terap contohnya ataupun di Pengerang, Johor atau di Hulu Tembeling , kalau berlakunya kekurangan atau tak ada gula saya minta terus ambil gambar hantar lokasi kepada kami jadi kita serta-merta akan pergi," kata Salahuddin selepas sesi pemantauan dan lawatan ke kilang pembuatan gula Central Sugars Refinery (CSR) di sini.

Menurut beliau KPDN akan terus komited dengan memastikan sebanyak 42,000 tan gula sebulan berada di pasaran.

(Datuk Seri Salahuddin berkata Cadangan tambah bekalan gula pada musim perayaan
dipertimbang)

Media Baharu