fb fb fb fb fb

Warga emas berlumuran darah, mati dibunuh

BUKIT MERTAJAM, 7 Jun- Seorang warga emas berusia lingkungan 70-an itu ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di kawasan semak berhampiran Jalan Song Ban Kheng.

Mangsa yang maut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, "ketika ditemukan, mangsa dalam keadaan terbaring dan bahagian badannya dipenuhi darah."

Susulan kejadian itu, dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50 dan 60-an itu, masing-masing ditahan di Hospital Bukit Mertajam dan Klinik Kesihatan Berapit ketika sedang mendapatkan rawatan akibat kecederaan dipercayai berkaitan kejadian tersebut.

Hasil semakan mendapati, seorang suspek mempunyai 10 rekod berkaitan kes jenayah dan narkotik manakala satu lagi suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

(Warga emas mati dibunuh berhampiran kawasan semak berhampiran Jalan Song Ban Kheng)

Media Baharu