fb fb fb fb fb

Kerjasama ekonomi digital Malaysia-Singapura, contoh kepada negara ASEAN

SINGAPURA, 31 Januari - Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Digital Malaysia-Singapura boleh menjadi contoh kepada negara ASEAN lain dalam menyediakan tenaga kerja, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat permulaan mereka untuk dekad digital.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz optimis, Malaysia mampu mempelajari dan berkongsi amalan terbaik yang akan memudahkan pembinaan bakat, menaik taraf infrastruktur dan lain-lain dalam sektor awam atau swasta menerusi kerjasama itu.


(Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

"Kerjasama dua hala dalam ekonomi digital dan ekonomi hijau ini berpotensi untuk memacu pembangunan industri kedua-dua negara serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi Malaysia dan Singapura. Saya bersetuju dangan banyak prinsip yang disebut oleh Perdana Menteri dari segi pertumbuhan ekonomi yang bermakna.

"Malah, dari dahulu, saya selalu berkongsi dengan media bahawa pertumbuhan ekonomi perlu memanfaatkan rakyat, dari segi peluang pekerjaan dan pemerkasaan rakyat untuk membina sebuah kehidupan yang baik, bukan memanfaatkan syarikat-syarikat besar sahaja," katanya kepada media di Singapura selepas majlis menandatangani Rangka Kerja Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau Malaysia dan Singapura.

Dalam prospek pelaburan untuk Malaysia, Tengku Zafrul mengakui terdapat persaingan yang kuat dan terdapat bidang untuk ditingkatkan, terutamanya dalam industri yang ingin diberi tumpuan.

Menurut data MITI yang dikeluarkan baru-baru ini, Singapura menyumbang nilai eksport terbesar dalam kalangan negara-negara ASEAN iaitu 232.57 bilion ringgit pada 2022, diikuti Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Singapura, Thailand dan Indonesia merupakan tiga destinasi eksport utama pada 2022, menyumbang 78.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia ke ASEAN.

Berita berkaitan
Tumpu kepada percepat adaptasi digital dan automasi golongan PKS
Penambahbaikan akses internet cetus 'lonjakan kuantum' ekonomi digital - Fahmi
Singapura, Malaysia bakal meterai MOC dalam ekonomi digital, hijau - Tengku Zafrul
KKD fokus prasarana digital, keselamatan data dan siber serta pelaburan digital tahun ini

Media Baharu