fb fb fb fb fb

Industri kenaf perlu rebut peluang di pasaran antarabangsa - Fadillah

KOTA BHARU, 31 Januari - Bagi memangkin pembangunan industri fiber berasaskan tumbuhan dan kawal selia industri tembakau negara, Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negera (LKTN) melancarkan pelan strategik LKTN 2021-2025 di sini.

Pelancaran dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yosof. Pelan itu mengariskan tujuh teras strategik yang melibatkan 26 strategi dan satu program Flagship Lembah Kenaf.


(Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yosof)

Datuk Seri Fadillah Berkata , teras strategik satu hingga lima menjurus kepada pembangunan industri fiber berasaskan tumbuhan , manakala teras strategik ke 6 menfokuskan kepada kawal selia industri tembakau, seterusnya yang ke 7 melalui penyampaian perkhidmatan LKTN.

Katanya, tempoh pelaksanaan pelan strategik LKTN 2021-2025 adalah amat kritikal dan mencabar memandangkan LKTN Perlu menangani isu-isu utama bagi menyokong dan merealisasikan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) yang dilancarkan 9 Mac 2022 bagi memacu pembangunan sektor fiber semula jadi negara secara menyeluruh.

Pelan Strategik LKTN 2021-2025 merupakan dokumen perancangan jangka panjang LKTN merangkumi strategi, pelan tindakan, indikator dan sasaran bagi tempoh lima tahun akan datang.

Bersempena dengan Majlis pelancaran itu, turut dilaksanakan juga Anugerah Penanam, industri dan inovasi Kenaf bagi tahun 2021.

Anugerah tersebut adalah untuk meraikan para penanam dan pemain industri serta sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan dalam pembangunan industri Kenaf.

Media Baharu