fb fb fb fb fb

Ramalan hujan di Timur Semenanjung, Barat Sarawak hingga Khamis ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 10 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan di kawasan pesisiran pantai Terengganu, Pahang dan Johor terutamanya pada sebelah pagi.

Ini susulan penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan timur Semenanjung dan barat Sarawak hingga Khamis ini, yang boleh meningkatkan kelembapan dan berpotensi membawa hujan di kawasan pesisiran pantai di tiga negeri itu.

"Di barat Sarawak, hujan dijangka berlaku pada lewat petang hingga malam serta berpotensi berlanjutan sehingga awal pagi," menurut kenyataan MetMalaysia.

Di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

TETITIA YUSOFF