fb fb fb fb fb

Ramai peniaga tidak letak tanda harga - KPDN

BACHANG, 20 April- Masih ramai peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, lupa meletakkan tanda harga merupakan alasan yang sering diberikan peniaga.

Jelas beliau, pihaknya akan sentiasa mengadakan pemantauan khasnya pada musim perayaan ini bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Kebiasaannya mereka tidak meletakkan tanda harga.

"Mula-mula kita buat pemantauan dahulu. Kita akan buat advokasi, kita akan suruh mereka untuk meletakkan tanda harga yang bewarna merah jambu dan jika hari berikutnya mereka masih tidak patuhi kita akan kenakan kompaun," katanya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka,
Norena Jaafar

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Alex Seah Shoo Shin mengadakan tinjauan mesra keberadaan bekalan barangan keperluan di Pasar Awam MBMB, Bachang.

Dalam pada itu, Alex berkata, peniaga dinasihatkan untuk meletakkan tanda harga dan tidak keliru dengan warna tanda harga yang perlu dipaparkan.

Media Baharu