fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 3.5 di Beluran, Sabah

(Penilaian Awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia/Google)

PETALING JAYA, 20 April- Satu gempa bumi lemah berukuran 3.5 magnitud di laut telah berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa berpusat 6.6 darjah Utara 117.4 darjah Timur pada kedalaman 10 kilometer.

"Gempa dikesan 365km Utara dari Tarakan, Indonesia.

"Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.

(Gempa bumi lemah melanda Beluran, Sabah/Google)

Media Baharu