(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof/Foto Bernama)
SUBANG, 4 September- Sarawak bersedia menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi Kembara Kenali Borneo.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkongsi keterujaan rakyat Sarawak menanti ketibaan konvoi diraja ke negeri tersebut.
Beliau yakin momentum kemeriahan sambutan oleh rakyat Sabah akan diteruskan di Sarawak, selain menjadi wadah Seri Paduka Baginda berdua mendekati penduduk setempat.
"Rakyat mengharapkan supaya infrastruktur di Sabah itu diperbaiki...sama ada jalan, masalah air dan banjir dapat diselesaikan. Itu yang disampaikan sewaktu mereka berjumpa dengan Tuanku dan Tuanku sudah menyampaikan kepada YAB Ketua Menteri Sabah dan saya kira perkara ini akan sampai kepada YAB Perdana Menteri juga dan sudah pasti akan dibincang ke Kabinet bila selesai Kembara Kenali Borneo ini," katanya.
Beliau ditemui media, di sini, sebaik tiba dari Tawau selepas menghadiri pelancaran Kembara Kenali Borneo.
Konvoi berkenaan dijadual meneruskan perjalanan memasuki sempadan Sarawak, Khamis ini.
(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
(tiga, kiri) berkenan melancarkan Kembara Kenali Borneo di Dewan Masyarakat
Tawau pada Ahad (3 September). Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku
Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tiga, kanan)/Foto Bernama)