fb fb fb fb fb

Rakyat Sabah tidak iktiraf tuntutan luar termasuk Sulu - Hajiji

(Hajiji Noor)

KOTA KINABALU, 7 Jun- Sebarang tuntutan luar termasuk daripada kumpulan Sulu terhadap Sabah tidak akan diiktiraf langsung oleh rakyat negeri itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Sabah mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan Paris dan berharap Kerajaan Persekutuan mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menamatkan tuntutan itu buat selama-lamanya.

"Rakyat Sabah telah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Justeru, sebarang tuntutan luar terhadap Sabah tidak akan diiktiraf sama sekali oleh rakyat," kataya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Hajiji menambah, Sabah melalui Jabatan Peguam Negara akan terus memainkan peranannya dengan Peguam Negara Persekutuan dalam menangani kes tuntutan berkenaan.

(Bendera Sabah)

Artikel berkaitan:
Malaysia menang pertikaian tuntutan kumpulan Sulu
Tuntutan Sulu: Bukti kedudukan, hak Malaysia diiktiraf antarabangsa - Zambry

Media Baharu