fb fb fb fb fb

Kementerian Luar sentiasa pantau perkembangan di Afghanistan

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Malaysia melalui Kementerian Luar sentiasa memantau perkembangan yang berlaku di Afganistan.

Ini terutama dalam penglibatan wanita serta pendidikan kanak-kanak.

Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan kementerian akan bekerjasama dengan negara-negara luar melalui platform dua hala mahupun pelbagai hala.

Malah, Malaysia turut mengambil pendekatan menyokong serta mengambil bahagian dalam usaha-usaha yang dilakukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Ia dalam menjamin keselamatan dan hak asasi manusia negara tersebut.

Zambry juga berkata, penganjuran Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) sehingga kini telah berjaya melahirkan 617 pegawai Afghanistan.

(Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)

Dalam pada itu, katanya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut memainkan peranan melalui Malaysian International Scholarship (MIS) dalam memastikan pelajar-pelajar Afghanistan dapat belajar di negara ini, termasuk golongan wanita.

"Melalui pendekatan MTCP, MIS dan KPT, sehingga kini pihak Kerajaan Malaysia dan Qatar, Indonesia dan lain-lain turut mengadakan perbincangan bagaimana kita ingin mewujudkan kerjasama bagi memberi peluang dan ruang kepada golongan wanita khususnya mendapatkan pendidikan.

"Maka setiap negara diberikan beberapa ribu kuota untuk kita berikan ruang itu bagi mereka belajar termasuk di negara kita," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi di Parlimen, hari ini.

Media Baharu