fb fb fb fb fb

Penyelia kilang tunjal kepala wanita direman tiga hari

TAPAH, 7 Jun- Penyelia kilang direman tiga hari selepas videonya mengasari dengan menunjal kepala seorang wanita tular, baru-baru ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hanun Mohamad Sah di Mahkamah Majistret Tapah.

Reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 323, Seksyen 502 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada petang Isnin ketika mangsa dan adiknya dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah.

Mangsa dikatakan mahu memotong sebuah kereta di hadapannya yang dipandu suspek, namun gagal.

Suspek kemudian keluar daripada kenderaan sebelum memarahi dan bertindak menunjal kepala pengadu termasuk mengeluarkan kata-kata ugutan.


(Reman tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 323,
Seksyen 502 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan)

Artikel berkaitan:
Polis siasat kes pembuli jalan raya

Media Baharu