fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia ditahan bawa 4.7kg heroin masuk ke Singapura

(Dadah yang dirampas / FOTO CNB)

KUALA LUMPUR, 9 Ogos - Pihak berkuasa Singapura menahan seorang lelaki warga Malaysia bersama 4.7 kilogram heroin yang diletakkan dalam keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 5 Ogos 2003.

Menurut kenyataan bersama dikeluarkan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), lelaki berusia 22 tahun itu menaiki kereta yang didaftarkan di Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah ke negara tersebut.

"Apabila pegawai ICA menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah kereta, mereka telah mengesan beg dalam but kereta. Satu bungkusan besar dipercayai mengandungi dadah terkawal ditemui.

"Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) segera dimaklumkan mengenai pengesanan itu. Hasil semakan mendapati, 10 bungkus heroin dengan berat keseluruhan kira-kira 4,723g ditemui daripada beg berkenaan," menurut kenyataan tersebut.

Kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai lebih 331,400, untuk kegunaan kira-kira 2,240 penagih selama seminggu.

"Siasatan mengenai kejadian masih diteruskan," menurut kenyataan itu.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu