(FOTO FB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN)
JOHOR BAHRU, 9 Ogos- Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengkaji semula polisi pendidikan pengajian tinggi di negara ini sebagai sebuah hab pendidikan antarabangsa.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata langkah itu bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa dan aspirasi dalam menyediakan pendidikan dan penyelidikan bertaraf dunia.
"Untuk itu kami mengalu-alukan dan menyampaikan semua bakat muda dan minda hebat dari seluruh dunia dengan tangan terbuka.
"Saya boleh menjamin bahawa dibawah kepimpinan saya kementerian pengajian tinggi kini dalam proses menyemak secara agressif dasar dan imigrasi yang berkaitan,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pembukaan Program University Presidents Forum (UTM-UPF) di Johor Bahru.
Acara tiga hari berakhir esok itu menghimpunkan pemimpin-pemimpin universiti dari seloroh dunia untuk forum transformatif mengenai pendidikan tinggi.
Ia juga bertujuan mencari titik persamaan bagi amalan terbaik dan menyebar luas strategi terkehadapan yang boleh memangkin transformasi pandangan pendidikan tinggi global.
UTM- UPF kali ke-13 dihadiri oleh 25 presiden universiti dan 115 perwakilan pendidikan tinggi dari sebelas buah negara.
(FOTO FB DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN)