fb fb fb fb fb

Pelaburan RM25 bilion Infineon bukti kepercayaan pelabur terhadap kerajaan Perpaduan

(FOTO RTM)

PADANG TERAP, 9 Ogos -Keyakinan Infineon Technologies AG untuk melabur dan membina kilangnya di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah sebanyak RM25 bilion adalah bukti kukuh kepercayaan dan keyakinan pelabur asing terhadap dasar pelaburan Kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP),Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Azman Khamis berkata, para pelabur antarabangsa semakin yakin untuk terus melabur di Malaysia kerana dasar kerajaan konsisten dan yang sangat mesra pelabur.
 
"Kita dapat melihat keyakinan pelabur khususnya, mereka yakin dengan Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebagai rakyat seharusnya menyokong kerajaan perpaduan, kerajaan yang sedia ada pada hari ini.

"Mudah-mudahan kerajaan yang ada pada hari ini terus kekal, harmoni, saksama demi demi membantu rakyat", katanya kepada RTM selepas menghadiri Program Sukaneka Rakyat di Kampung Lubuk Merbau Pedu, Padang Terap, Kedah.
 
Minggu lalu, Infineon mengumumkan perancangan untuk meningkatkan kemudahannya di Kulim, bagi membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200 milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sebanyak lima bilion euro bagi tempoh lima tahun akan datang.
 
Sejak lima dekad lepas, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan cip semikonduktor di Batu Berendam, Melaka.


(FOTO RTM)

Media Baharu