fb fb fb fb fb

MBIP komited jayakan Komuniti rendah karbon menjelang 2025

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 9 Ogos -Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) komited menjayakan pelan tindakan iklim dan rendah karbon kepada komuniti di kawasan berkenaan.

Pegawai Perancang Bandar dan Desa MBIP, Safwan Shaari berkata inisiatif itu digarap bagi memastikan agar komuniti di kawasan Iskandar Puteri membudayakan amalan rendah karbon.

Menurut Safwan,terdapat tiga inisiatif yang dilancarkan bawah Iskandar Puteri Rendah Karbon (IPRK) iaitu pertandingan kalendar, penawaran geran komuniti dan acara pandu lalu kitar semula.

Sebanyak RM500,000 daripada Geran Komuniti IPRK telah dianugerahkan kepada 26 projek hasil daripada 108 kertas kerja yang diterima pada tahun ini.

"Alhamdulillah, setelah geran ini melalui tiga fasa ataupun tiga tahun berturut-turut kita dapat melihat bahawasanya ia mencapai objektif dan memberikan manfaat yang berterusan kepada komuniti.

"Setiap projek bergantung kepada kertas kerja yang dihasilkan. Geran maksimum yang diberi pada tahun ini adalah RM30,000.Minimum bermula daripada RM5,000

Sementara itu, rata-rata penerima geran IPRK melihat inisiatif yang dilakukan MBIP memberi manfaat kepada ekonomi dan kehidupan mereka.

Ketua Projek Food Waste Barrel Geran Komuniti IPRK, Kogilavani Supermaniam menganggap inisiatif tersebut berjaya menjana pendapatan selain mengekalkan kelestarian alam sekitar

"Projek Food waste barrel ini mempunyai 53 plot tanaman di mana kita dapat menanam di samping mempunyai saluran yang kita boleh memasukkan sisa-sisa dapur dan sisa makanan ke dalam untuk menghasilkan baja organik tanpa kimia", katanya.

Sementara itu, suri rumah, Hamisah Miskon menganggap inisiatif berkenaan mudahkan tugas dan kerja-kerja hariannya di dapur.

"Bagi saya inisiatif ini sangat bagus buat suri rumah seperti saya. Semua bahan mudah didapati dari dapur. Kita kitar semula bahan seperti kulit bawang, perut ikan untuk dijadikan baja organik", kata Hamisah ketika ditemui pemberita RTM.


(Suri rumah, Hamisah Miskon/FOTO RTM)

Media Baharu