fb fb fb fb fb

Banjir: Tiada keperluan tangguh SPM

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh melakukan tinjauan di SMK Raja Chulan, Ipoh, pagi tadi melibatkan 118 calon SPM /Foto BERNAMA

IPOH, 25 November- Kementerian Pendidikan tidak akan menangguhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 walaupun negara kini berdepan musim banjir.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata keyakinan itu berdasarkan persediaan rapi termasuk SOP khusus dan pengaktifan Operasi Payung bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Setakat ini, 317 calon telah dikenal pasti terkesan banjir dan bantuan segera digerakkan melalui Jabatan Pendidikan Negeri serta pihak sekolah.

"Isu ini yang sama dibangkitkan tahun lepas dan pihak kami telah membuktikan pelajar yang mengambil SPM itu hadir mengambil peperiksaan. Kita juga telah sediakan SOP yang akan diaktifkan sekirany banjir belaku, " katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan di SMK Raja Chulan, Ipoh, pagi tadi melibatkan 118 calon.

Tiga pusat peperiksaan alternatif turut dibuka di Kelantan dan Kedah untuk menempatkan calon yang terjejas, manakala satu lagi di Pulau Pangkor berikutan tanah runtuh melibatkan 20 calon.

KPM memberi jaminan keselamatan calon kekal menjadi keutamaan, dan segala bantuan logistik akan disalurkan bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual.

SITI NOORAIN ABDULLAH