fb fb fb fb fb

Rakyat Malaysia disaran laksana saringan kanser kolorektal

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, Datuk Dr. Mohd Azman Yacob

SHAH ALAM, 7 Julai- Orang ramai disaran melakukan saringan kanser kolorektal atau kanser usus besar bagi mengesan penyakit itu di peringkat awal.

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Azman Yacob berkata rakyat perlu sentiasa peka dan tidak mengambil mudah terhadap risiko penyakit kolorektal.

"Kolorektal kanser ini merupakan di mana kejadiannya tinggi di kalangan rakyat kita."

"Kolorektal merupakan punca kematian kedua dan kebanyakan berlaku dalam kalangan wanita dalam negara kita, selain kanser payu dara," kata Dr. Mohd Azman kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kanser Kolorektal, di sini.

Tambahnya, rakyat Malaysia perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan badan sentiasa dalam keadaan baik.

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, 88 peratus orang dewasa di Malaysia yang berumur lebih 55 tahun tidak pernah menjalankan saringan Kanser Kolorektal Kritikal.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM