fb fb fb fb fb

Rakyat Israel kena halau dari restoran, netizen puas hati

Tangkap layar video tular/teropong74

HANOI, 7 Julai-Tindakan seorang peniaga restoran mengusir sebuah keluarga Israel di Hanoi, Vietnam baru-baru ini mendapat pujian dan perhatian warganet.

Mana tidak, peniaga tersebut sanggup menanggung kerugian daripada menerima pelanggan dari negara haram tersebut.

Menerusi video dimuat naik pengguna dikenali teropong74 di platform TikTok, peniaga itu bertindak demikian sebagai solidariti terhadap rakyat Palestin, selain mengecam pembunuhan dilakukan rejim zionis terhadap orang awam di negara itu.

"'Free Palestine'...kami hanya terima manusia, anjing dan kucing sahaja di restoran ini. Kamu harus beredar,” kata peniaga itu.

Peniaga tersebut sempat memerli dan berkata beliau bimbang bom akan jatuh ke kedai jika keluarga itu memasuki premisnya.

Rata-rata netizen berpuas hati dengan tindakan peniaga itu kerana memberikan layanan buruk terhadap pelancong tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM