fb fb fb fb fb

Rakyat diminta tidak panik susulan amaran cuaca buruk oleh kedutaan AS

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 3 Oktober - Rakyat diminta untuk tidak terlalu bimbang berikutan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan di laman sesawang kedutaan Amerika Syarikat (AS) untuk rakyat mereka di negara ini.

Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah menasihatkan semua pihak bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku setiap hujung tahun.

(FOTO FAIL)



MTL dijangka bermula pertengahan November dan berakhir Mac tahun depan.

'Pemantauan cuaca secara berterusan dan amaran cuaca akan dikeluarkan sekiranya ribut petir, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta siklon tropika dijangka berterusan. Hebahan kepada orang awam termasuk warga Amerika Syarikat di Malaysia dilakukan melalui pelbagai saluran," katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan agensi Pengurusan Bencana Negara dan peka dengan sebarang perubahan cuaca.

Media Baharu