fb fb fb fb fb

Gagal pamer tanda harga, empat premis dikompaun

KUALA TERENGGANU, 3 Oktober- Empat buah premis yang beroperasi di Karnival Siam Festival Kuala Terengganu 2022 didapati gagal mempamerkan tanda harga pada barangan yang dijual.

Ia hasil pemeriksaan mengejut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu ke gerai-gerai berkenaan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Nor Azmi Lamisza sebelum ini pihak KPDNHEP telah ke lokasi sama dan menasihatkan peniaga agar meletakkan tanda harga pada setiap barangan jualan mereka.

Keseluruhan kompaun berjumlah RM1,200 telah dikeluarkan ke atas empat buah premis gerai berkenaan kerana gagal mematuhi Peraturan 2 (1) Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Barangan dan Caj Bagi Perkhidmatan) 2020.

Orang ramai diminta lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan hak-hak pengguna sebelum membuat sesuatu pembelian supaya tidak terpedaya.

Para peniaga juga diminta mematuhi arahan mempamerkan tanda harga supaya tidak berlaku kekeliruan.


(Karnival Siam Festival Kuala Terengganu 2022)

Media Baharu