fb fb fb fb fb

Rakyat China, India dapat pengecualian visa sebulan - Anwar

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 November- Pengecualian visa selama 30 hari bagi rakyat China dan India ke Malaysia berkuat kuasa 1 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengecualian tersebut tertakluk kepada tapisan keselamatan.

"Kemudahan kepada rakyat China dan India untuk ke Malaysia. Pengecualian visa selama 30 hari. Pengecualian ini tentunya tertakluk kepada semua tapisan keselamatan. Tapisan awal dibuat bagi semua pelancong atau pelawat ke Malaysia kerana soal keselamatan soal berasingan, sekiranya ada rekod jenayah atau risiko keganasan, maka visa tidak akan dibenarkan," katanya kepada pemberita di sini.

Ia bersempena ulang tahun 50 tahun hubungan diplomatik bersama China untuk menyambut semangat perkongsian strategik bersama negara tersebut.

Jelas Anwar, ini menambah kepada kemudahan sedia ada seperti yang dinikmati negara-negara Arab Saudi dan Asia Barat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM