fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong mencemar duli, beri sumbangan Aidiladha

Raja Zarith Sofiah menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Hari Raya Aidiladha kepada 500 penerima

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha kepada 500 penerima, terdiri daripada warga kota di ibu negara.

Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama  Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) berlangsung di Dewan Komuniti Setiawangsa, di sini.

Kesemua penerima merupakan isi rumah di 11 kawasan parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terdiri daripada golongan miskin berpendapatan garis kemiskinan  (PGK) bandar kurang daripada RM2,589 sebulan.

Sumbangan berupa wang tunai dan kotak makanan mengandungi barangan keperluan asas harian seperti beras, minyak, gula tepung, susu dan lain-lain bertujuan meringankan beban golongan yang memerlukan sebagai persiapan menyambut kedatangan Aidiladha pada 17 Jun ini atau Isnin minggu depan.

Majlis itu turut dihadiri, Penaung PUSPANITA Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad dan Yang DiPertua PUSPANITA Puan Seri Norizam Che Mohd Nor.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI