fb fb fb fb fb

Pelaburan syarikat teknologi, tingkat ekosistem AI di Malaysia

Chang Lih Kang

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Pelaburan syarikat teknologi di Malaysia memberi peluang dalam meningkatkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) di negara ini kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang.

Pelaburan syarikat asing dilihat membantu melonjakkan pembinaan infrastruktur dan menggalakkan penggunaan teknologi AI di Malaysia.

"Dalam pelaburan itu kami memang nampak akan ada pertukaran teknologi dan ia akan membantu kita dari segi infrastruktur.

"Akan ada pusat data yang menggunakan unit pemprosesan grafik (GPU) pengkomputeran yang tinggi. Jadi akan membawa perkembangan AI di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Karnival Minggu Sains Negara 2024 di ibu negara.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI