Raja Permaisuri Agong bertemu Wanita Pertama Uzbekistan

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berangkat mengadakan pertemuan rasmi bersama Wanita Pertama Uzbekistan, Ziroat Mirziyoyeva, sempena Lawatan Khas Seri Paduka Baginda

TASHKENT, 5 Mei – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berangkat mengadakan pertemuan rasmi bersama Wanita Pertama Uzbekistan, Puan Yang Terutama Ziroat Mirziyoyeva, sempena Lawatan Khas Seri Paduka Baginda ke negara Asia Tengah itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertemuan di Galeri Seni Okhun Gozar memaparkan keunikan seni dan busana tradisional Uzbekistan.
  • Raja Permaisuri Agong menerima penerangan terperinci mengenai elemen budaya dan busana tradisi Uzbekistan.
  • Raja Permaisuri Agong diraikan dalam majlis santapan tengah hari yang dihoskan Wanita Pertama di Pusat Kongres Bandar Tashkent.
  • Lawatan dipandang penting untuk mempererat hubungan dua hala, khususnya dalam bidang kebudayaan dan diplomasi.

Pertemuan tersebut berlangsung di Galeri Seni Okhun Gozar, menyaksikan Raja Zarith Sofiah dipersembahkan penerangan mengenai keunikan budaya seni serta busana tradisional Uzbekistan.

Selepas sesi pertemuan, Raja Permaisuri Agong diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari yang dihoskan Ziroat Mirziyoyeva di Pusat Kongres Bandar Tashkent.

Ziroat Mirziyoyeva merupakan isteri kepada Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev, yang telah menerajui kepimpinan negara itu sejak 2016.

Lawatan itu dilihat sebagai platform penting dalam mempererat hubungan dua hala, khususnya dalam bidang kebudayaan dan diplomasi antara kedua-dua negara.

Lawatan itu turut mencerminkan usaha memperkukuh hubungan budaya antara Malaysia dan Uzbekistan.

Turut hadir ialah Saida Mirziyoyeva, anak kepada Presiden Uzbekistan dan Wanita Pertama, yang kini berkhidmat sebagai Ketua Pentadbiran Presiden Uzbekistan.