fb fb fb fb fb

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong diiringi isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman

MELAKA, 12 Mei - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Ayer Keroh di sini.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong pada pukul 10.30 pagi, diiringi isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

TETITIA YUSOFF