fb fb fb fb fb

Raja Perlis terima menghadap PM

ARAU, 16 Januari- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Arau, hari ini.

Sesi menghadap Tuanku Syed Sirajuddin merupakan yang pertama buat Anwar setelah menggalas tugas perdana menteri yang kesepuluh.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail turut perkenan berangkat pada sesi itu.

Menteri Besar Perlis Syukri Ramli serta Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad turut mengiringi Perdana Menteri pada sesi menghadap tersebut.

Dalam lawatan kerja perdana menteri ke Perlis kali ini, turut diadakan Majlis Khas Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Perlis Di Dewan 2020 Kangar yang dihadiri lebih 1,000 penjawat awam bersama ketua-ketua jabatan dan agensi sektor awam persekutuan dan negeri.


(Foto Facebook Pejabat SUK Perlis)

Media Baharu