fb fb fb fb fb

90 penguat kuasa Melaka pantau pelaksanaan SHMMP

CHENG, 16 Januari- Peniaga di Melaka yang gagal meletakkan tanda harga akan dikenakan kompaun serta merta.

Exco Hal Pengguna Melaka, Ngwe Hee Sem berkata tiada lagi amaran akan dikeluarkan seperti sebelum ini.

"Anggota penguat kuasa akan turun ke setiap kawasan dalam memastikan peniaga meletakkan tanda harga. Semalam saya ke Jonker Walk, terdapat peniaga yang gagal meletakkan tanda harga itu. Kami akan memastikan setiap peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan," katanya selepas pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2023 peringkat negeri di sini.

Seramai 90 anggota penguat kuasa akan memantau sepanjang pelaksanaan SHMMP di Melaka.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu