fb fb fb fb fb

Agong terima menghadap Menteri Luar Singapura

(Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima kunjungan hormat
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan/BERNAMA)

KUALA LUMPUR,16 Januari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan di Istana Negara, hari ini.

Sesi menghadap itu adalah antara jadual Dr. Vivian Balakrishnan yang kini dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Malaysia, bermula hari ini. 

Dalam sesi menghadap yang berlangsung selama 30 minit bermula pada jam 2.00 petang, kedua-dua pemimpin telah menyentuh berkenaan pengukuhan hubungan dua hala yang istimewa dan erat terjalin sekian lama antara Malaysia dan Singapura.


(Yang di-Pertuan Agong (empat, kiri) berkenan menerima kunjungan hormat
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan (tiga, kanan) di Istana Negara/BERNAMA)

Turut hadir, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Sri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon serta Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri Singapura, Albert Chua.

Pada bulan Oktober lepas, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan berangkat melakukan lawatan negara ke Singapura selama empat hari, bermula pada 25 Oktober 2022.

Dalam rangka lawatan negara itu, Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan antaranya melakukan pertemuan dengan Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Baginda berdua telah turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Singapura, Hsien Long dan isteri.

Media Baharu