fb fb fb fb fb

Lelaki warga emas maut rumah terbakar

TELUK INTAN, 16 Januari- Seorang warga emas ditemukan mati manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran melibatkan enam buah rumah pagi tadi.

Kejadian berlaku di pelantar ikan dekat Jalan Bagan Ikan Hutan Melintang, di sini.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mayat mangsa berusia 80-an itu ditemukan di bilik rumah keduanya.

"Mangsa kedua berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian lutut. kebakaran melibatkan enam buah rumah itu telah mengakibatkan rumah terbakar 90 peratus," katanya.

Kebakaran turut melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pukul 1.21 tengah hari tadi.


(Foto JBPM Perak)

Media Baharu