fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana di Jepun

(Foto Twitter @metmalaysia)

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 melanda Kepulauan Bonin, Jepun, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan perkara itu menerusi perkongsian dalam Twitter rasminya.

MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan pada 12.8 darjah utara dan 139.3 darjah timur dengan kedalaman 60 kilometer (km) dari 677 km selatan dari Hamamtsu.

"Gempa bumi sederhana M5.7 telah berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada pukul 12.49 tengah hari.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," jelasnya.

(Foto Twitter @metmalaysia)

Media Baharu