
KANGAR, 29 Ogos – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dalam satu majlis yang berlangsung di sini pada Jumaat.
- Berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa dan membincangkan agenda pembangunan Perlis.
- Usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperluas peluang pelaburan dan aktiviti ekonomi.
- Memperkukuh hubungan dan kerjasama antara negeri Perlis dengan Kementerian Ekonomi bagi penyelarasan perancangan pembangunan negeri dan keutamaan Persekutuan.
- Kehadiran Raja Perempuan dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi menonjolkan sokongan institusi terhadap usaha pembangunan negeri.
Pertemuan itu menjadi ruang untuk berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekonomi semasa di samping membincangkan agenda pembangunan Perlis.
Ini termasuk usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memperluas peluang pelaburan serta aktiviti ekonomi.
Sesi berkenaan turut menjadi platform memperkukuh hubungan dan kerjasama antara negeri Perlis dengan Kementerian Ekonomi dalam memastikan perancangan serta agenda pembangunan negeri dapat diselaraskan dengan keutamaan pembangunan di peringkat Persekutuan.
Turut berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.
Hadir sama pada sesi mengadap tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Seri Nor Azmie Diron.