MARA sumbang 1,000 Jalur Gemilang semarak sambutan HKHM 2026

Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Zulfikri Osman (dua dari kiri) ditemui pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Komuniti Kampung bagi Parlimen Padang Besar di Kampung Ngulang, Mata Ayer – Foto RTM

MATA AYER, 29 Ogos – Lebih 1,000 Jalur Gemilang disumbangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada ketua komuniti bagi menyemarakkan semangat patrotik dalam kalangan warga Perlis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif selaras kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang untuk menggalakkan pengibaran bendera sempena sambutan HKHM 2026.
  • MARA berharap semangat kemerdekaan terus disemarakkan dan majlis menjadi platform mengeratkan silaturahim komuniti.
  • Program simbolik menegaskan kecintaan kepada negara mesti dikongsi semua lapisan masyarakat, dengan kerjasama UMNO Bahagian Padang Besar.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Seri Zulfikri Osman berkata, inisiatif itu selaras dengan kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang.

Ia bagi menggalakkan penduduk kampung bersama-sama mengibarkan bendera kebangsaan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

“Moga-moga semangat menyambut kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini terus disemarakkan dan menjadi lebih meriah. Saya berharap perhimpunan pada hari ini turut menjadi platform untuk kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

“Sebagai warga MARA, kita mahu membawa semangat kemerdekaan ini ke Padang Besar, selain menghargai kehadiran para pemimpin masyarakat yang bersama-sama menyemarakkan sambutan ini dengan semangat jiwa merdeka,” katanya.

Menurut beliau, program seumpama itu menjadi satu simbolik bahawa semangat kemerdekaan perlu dikongsi bersama oleh semua lapisan masyarakat dan kecintaan kepada negara, bukan sekadar melalui kata-kata.

Datuk Seri Zulfikri menyatakan demikian pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kepada KomunitiKampung bagi Parlimen Padang Besar di Kampung Ngulang, Mata Ayer dengan kerjasama UMNO Bahagian Padang Besar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.