fb fb fb fb fb

Raja Perlis berkenan rasmi penutupan Perkampungan Sunnah ke-10

Foto RTM

KANGAR, 11 Mei- Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan merasmikan Majlis Penutupan Perkampungan Sunnah Siri Ke-10 di Masjid Alwi, Kangar.

Program berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei hingga hari ini itu mengangkat tema ‘’Islam Mengangkat Kebijaksanaan, Meruntuh Kedangkalan’’.

Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Mengiringi baginda berdua, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM