KANGAR, 12 Mei- Umat Islam diseru memahami kepentingan sunnah.
Perkara itu penting bagi mewujudkan penanda aras dalam agama.
Peringatan itu menerusi titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
"Beta ingin mengajak semua bersama-sama memperkukuhkan pegangan di negeri Perlis ini. Berikanlah sokongan, dokongan kepada majlis dan program ilmu, fatwa dan pendirian ilmu, aktiviti-aktiviti manfaat yang dianjurkan.
"Sama-samalah kita bantu-membantu dalam menyampai dan menghidupkan Islam yang diwarisi daripada Nabi Muhammad SAW.
Demikian titah Baginda ketika berkenan merasmikan Majlis Penutupan Perkampungan Sunnah Siri Ke-10 di perkarangan Masjid Alwi, Kangar.
Program berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat lalu bertemakan‘’Islam Mengangkat Kebijaksanaan, Meruntuh Kedangkalan’’
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.
Mengiringi Baginda berdua, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.