fb fb fb fb fb

Raja Muda titah graduan UniMAP berpegang teguh nilai integriti

(Graduan UniMAP pada Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-16)

ARAU, 22 November- Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar setiap graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berpegang kepada nilai integriti dan menjadi seorang pemimpin jujur.

Kepimpinan yang adil dan tidak mengabaikan nilai integriti menjadi pendorong buat pihak-pihak lain untuk menghormati prinsip individu.

Baginda turut mengingatkan, "ciri-ciri seorang pemimpin yang disayangi adalah terdiri daripada mereka yang memimpin dengan nilai kasih sayang, teladan dan bertoleransi.

"Sentiasalah menyelami hati dan situasi pekerja bawahan masing-masing kerana tanpa mereka, seseorang pemimpin itu tidak mudah untuk berada di kemuncak kerjaya atau organisasinya."

Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-16 sidang ke-7 di Dewan Ilmu Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menganugerahkan ijazah kepada 398 graduan di institusi itu.

Graduan berkenaan terdiri daripada pelbagai bidang antaranya Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Metalurgi, Kejuruteraan Biosistem dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia Teknologi Makanan, Proses Kimia Industri serta Bioteknologi Industri.

(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail)

(

Media Baharu