fb fb fb fb fb

BN tidak sokong PH atau PN, setuju jadi pembangkang - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 22 November - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata Barisan Nasional tidak menyokong Pakatan Harapan mahu pun Perikatan Nasional.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, tidak akan bersama Pakatan Harapan walau apa sekalipun, seperti yang dijanjikan.

Jelasnya, BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.


(Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Yaakob)

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan. BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Ismail Sabri adalah antara yang hadir pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Tan Sri SA Vigneswaran serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Media Baharu