fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di lima daerah di Perak sedikit berkurang

KUALA LUMPUR, 22 November- Jumlah penduduk di lima daerah yang terjejas banjir sedikit menurun kepada 756 orang setakat pukul 2.28 petang, berbanding 780 pagi tadi.

Berdasarkan portal InfoBencanaJKM, kesemua penduduk daripada 217 keluarga itu ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah terlibat ialah Hilir Perak, Manjung, Perak Tengah, Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

Hilir Perak melibatkan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, menempatkan seramai 68 penduduk terjejas dan Dewan Serbaguna kampung Padang Tembak (171) orang.

Manakala di Manjung, 188 berlindung di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai (183) dan Sekolah Menengah Raja Shahriman, (74 penduduk).


(Foto BERNAMA)

PPS di Perak Tengah pula, SMK Layang-Layang Kiri menempatkan (46), Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantong (75) dan SK Layang-Layang Kiri, (101).

Di Kerian, hanya SK Alor Pongsu dibuka, menempatkan 20 orang.

Larut, Matang dan Selama pula seramai 18 penduduk ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Imam Syafie.

Media Baharu