fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor berkenan santuni anak yatim di Masjid Taman Putra Perdana

Tengku Amir Shah menyaksikan penyerahan cek dari PTPTN kepada pihak YIDE

SEPANG, 24 Mac- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menyantuni anak yatim di Masjid Taman Putra Perdana Sepang.

Baginda berkenaan menyerahkan sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bernilai RM64,050 kepada 427 anak yatim di daerah itu.

Tengku Amir Shah kemudiannya berkenan menyampaikan watikah lantikan kepada tujuh Ketua Sahabat Prihatin YIDE bagi daerah Sepang dan Hulu Langat yang berperanan mengenal pasti anak yatim baharu untuk disantuni.

Baginda juga menyaksikan penyerahan cek dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pihak YIDE berjumlah RM49,450 khusus untuk dana kebajikan anak-anak yatim di Selangor.

Selepas itu, Baginda berkenan menunaikan solat Zuhur berjemaah bersama dengan anak-anak yatin dan penduduk setempat.

ROSLINA BINTI DIN