fb fb fb fb fb

Pengesanan awal tibi perlu dipertingkat

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/BERNAMA

PUTRAJAYA, 24 Mac- Kementerian Kesihatan (KKM) mahu proses pengesanan awal penyakit tuberkulosis (tibi) dipertingkat, selain memulakan rawatan secepat mungkin.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan berkata, sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lalu, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.

Dalam pada itu, sebanyak 26,781 kes tibi dilaporkan tahun lalu, meningkat sebanyak 1,390 atau 5.47 peratus berbanding 25,391 kes, sepanjang tempoh 2022.

Pesakit HIV, buah pinggang kronik, penghidap pulmonari kronik (jenis obstruktif) dan perokok aktif antara yang berisiko dijangkiti.

Gejalanya pula seperti batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

Katanya, rawatan pemerhatian menggunakan video (video observed treatment) dilaksanakan secara projek rintis mulai Julai 2023 membabitkan 27 klinik kesihatan terpilih di lima negeri menjadi alternatif selain pengambilan ubat harian.

Malah, pesakit yang berhenti dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ROSLINA BINTI DIN