fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor berkenan lawat Selangor Maritime Gateway (SMG)

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan melakukan lawatan rasmi ke Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Mangrove Point ?Foto RTM

KLANG, 30 Ogos-Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenaan melakukan lawatan rasmi ke Projek Selangor Maritime Gateway (SMG) Mangrove Point pada Khamis.

Baginda meluangkan masa 30 minit menelusuri sungai Klang bagi melihat projek pembersihan sungai berkenaan dengan menaiki bot di Jeti Mangrove Point di Pelabuhan Klang, di sini.

Menerusi projek berkenaan, Selangor berjaya mengurangkan kuantiti sampah di sepanjang Sungai Klang  dengan menggunakan jentera pembersihan sungai, Interceptor. 

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kutipan sampah di Sungai Klang menurun sebanyak 67 peratus dan kini hanya mengumpul 5,600 tan metrik sampah sahaja. 

Terdahulu Tengku Amir  menikmati  pemandangan hutan paya bakau seluas 70 ekor  di Taman Rekreasi Mangrove Point yang merupakan lokasi ekopelancongan terbaharu di daerah Klang. 

Lawatan  itu sempena  Program Gagasan Rumpun Selangor di Daerah Klang yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD