fb fb fb fb fb

Raja Muda Selangor berangkat ke lokasi tanah runtuh Batang Kali

BATANG KALI, 17 Disember- Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke lokasi tanah runtuh di Jalan Genting- Batang Kali.

Tengku Amir Shah berkenan turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh yang bersambung semula pagi ini.

Baginda tiba pada pukul 10.19 pagi sebelum menghadiri taklimat berkaitan insiden.

(Tengku Amir Shah meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk mengetahui
perkembangan semasa operasi SAR di lokasi tanah runtuh)

Taklimat disampaikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis di bilik gerakan operasi.

Tengku Amir Shah meluangkan masa kira-kira 40 minit bagi mengetahui perkembangan semasa di lokasi kejadian.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

Media Baharu