fb fb fb fb fb

ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit mulai 3 Januari 2023

KUALA LUMPUR, 17 Disember-Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Januari 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang.

ERL dalam satu kenyataan berkata penyambungan semula perkhidmatan itu dibuat selepas ia melaksanakan penggabungan perkhidmatan tren berikutan penurunan jumlah penumpang akibat pandemik COVID-19.

Pengembara udara boleh menikmati perjalanan tanpa henti selama 28 minit antara KL Sentral dan KLIA, menjadikan KLIA Ekspres merupakan pemindahan lapangan terbang terpantas di bandar.

(Suasana didalam ERL / FOTO RTM)

Penyambungan semula itu membolehkan KLIA Ekspres beroperasi dengan kekerapan 20 minit dan KLIA Transit setiap 15 minit pada waktu puncak.

Manakala, di luar tempoh tersebut, kedua-dua perkhidmatan akan beroperasi pada kekerapan 30 minit.

Sempena penyambungan semula perkhidmatan, ERL menawarkan ganjaran khas untuk ahli EkspreSmiles yang membuat pembelian tiket secara dalam talian.

Maklumat lanjut, layari laman sesawang atau akaun media sosial KLIA Ekspres.

Media Baharu