fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kelantan semakin berkurangan

PASIR MAS, 17 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,643 orang daripada 510 keluarga setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas.

Menurut laman sesawang info bencana banjir JKM, penduduk terjejas banjir paling ramai ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh iaitu 712 orang diikuti SK Gual Periok, 516 orang.

Selain itu, PPS SK Kubang Kual menempatkan 165 orang penduduk terjejas banjir, SK Sri Kiambang (164), Masjid Mukim Padang Licin (57), PPS Putat Tujoh (23) dan SK Kedai Tanjong (7).

(Jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 1,643 orang setakat pukul 12.00 tengah hari)

Sementara menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) paras air Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan melebihi paras amaran setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, paras air menunjukkan trend penurunan.

Media Baharu