fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang semakin pulih, PPS terakhir ditutup

KUANTAN, 17 Disember- Semua penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing susulan keadaan banjir yang semakin pulih.

PPS terakhir di negeri itu iaitu di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang di Pekan ditutup pada pukul 11.00 pagi tadi.

Bagaimanapun, langkah bersiap siaga masih dilaksana untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir dalam masa terdekat.

(Banjir yang melanda beberapa kawasan di Pahang semakin pulih)

Sementara itu, menurut laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin masih menunjukkan trend peningkatan setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sungai berkenaan merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 11.8 meter.

Sungai Triang turut merekodkan bacaan melepasi paras amaran dengan trend peningkatan.

Media Baharu