fb fb fb fb fb

Sultan Ibrahim bertemu Vladimir Putin di Grand Kremlin Palace

Sultan Ibrahim bertemu Presiden Vladimir Putin pada majlis Sambutan Negara di Grand Kremlin Palace/ REUTERS

MOSCOW, 6 Ogos – Sultan Ibrahim bertemu Presiden Vladimir Putin pada majlis Sambutan Negara di Grand Kremlin Palace hari ini bersempena Lawatan Negara baginda ke Rusia.

Seri Paduka Baginda melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia yang pertama mengadakan Lawatan Negara ke Russia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1967, menurut laporan media Malaysia.

Selepas upacara sambutan rasmi, kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan yang turut disertai delegasi rasmi dari Malaysia-Rusia.

Menurut kenyataan perkhidmatan media Presiden Rusia, perbincangan itu meliputi pembangunan lanjut hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Pada Jumaat Sultan Ibrahim dijadualkan berangkat ke Kazan, ibu negeri Tatarstan, bagi mengadakan pertemuan dengan Ketua Republik Wilayah Tatarstan, Rustam Minnikhanov.

Menurut laporan media Malaysia dan Tatarstan, pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada prospek kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, industri halal dan teknologi pertanian.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI