fb fb fb fb fb

Tangguk benih kerang secara haram, APMM tahan tiga bot Fiber

(FOTO RTM)

KUALA PERLIS, 17 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga bot fiber di tiga lokasi berbeza sekitar jam 6.30 petang semalam di sekitar perairan Kuala Sanglang.

Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua bot terbabit yang berpengkalan di Kedah melakukan aktiviti menangguk benih kerang secara haram.


(Pasukan APMM Perlis menahan tiga buah bot dipercayai menangguk benih kerang secara
haram/ FOTO RTM)

Ketiga-tiga bot masing-masing dikemudi oleh seorang tekong dan dua awak - awak kesemuanya warga tempatan yang berumur antara 30 hingga 68 tahun.


Kesemua tekong, awak-awak dan bot serta hasil tangkapan benih kerang yang dianggarkan bernilai RM 80,820.00 dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) kerana tiada nombor pendaftaran dan Seksyen 8 (b) Peraturan 8 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu tidak memiliki lesen mengambil benih kerang atau kerang dewasa.

Media Baharu