fb fb fb fb fb

Johor tutup semua taman eko, hutan simpan kekal

(Foto FB Jabatan Perhutanan Negeri Johor)

JOHOR BAHRU, 17 Disember- Taman Eko Rimba, trek pendakian dan laluan kenderaan 4x4 dalam Hutan Simpan Kekal di seluruh negeri Johor tutup kepada orang awam mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ), Datuk Salim Aman menerusi kenyataan di Facebook rasmi JPNJ, penutupan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini berlaku pada musim tengkujuh.

"Penutupan itu sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Sebarang pelanggaran terhadap arahan itu akan diambil tindakan dibawah Enakman Perhutanan Negara (pemakaian) 1985 negeri Johor," menurut kenyataan.

(Foto fail/BERNAMA)

Media Baharu