fb fb fb fb fb

Raja Muda saran UniMAP tingkat kerjasama industri, mampu beri manfaat kepada pelbagai pihak


PAUH, 27 Januari
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) perlu memperkukuhkan kolaborasi dengan pelbagai rakan industri terutama dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Ini termasuk penghasilan dan penciptaan produk serta perkhidmatan baharu yang mampu meningkatkan ekonomi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam titahnya, turut menyarankan supaya pihak UniMAP terus komited mendekati komuniti dengan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dan pemindahan ilmu berimpak tinggi .

"Ini sebagai usaha mengatasi pelbagai isu sosial dan kesejahteraan masyarakat dengan memperkasakan slogan UniMAP untuk masyarakat. Ia sekali gus memberi peluang UniMAP untuk memperluaskan lagi peranan dan menjadi duta akademik di luar persekitaran universiti," titah Baginda pada Majlis Santapan Malam Tuanku Canselor Bersama Ketua-Ketua Jabatan UniMAP 2022 di Bangunan Canselori, Kampus Alam Pauh Putra.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro Canselor, diiringi Naib Canselor UniMAP , Profesor Dr Zaliman Sauli dan Timbalan-timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

Media Baharu