fb fb fb fb fb

Gelombang varian Omicron dijangka meningkatkan kes COVID-19 dalam negara

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Gelombang varian Omicron telah bermula di Malaysia dan dijangka meningkatkan kes jangkitan COVID-19 dalam negara.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, keadaan itu bagaimanapun mampu dikawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.

“Sistem kesihatan sudah bersiap-siaga. Kes serius semakin kurang. Sama-Sama kita mengatasi gelombang ini,” katanya menerusi status di akaun Twitter hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan turut meliputi pelaksanaan langkah-langkah kesihatan awam dan liputan ujian kendiri berkala.

Beliau berharap, langkah berkenaan dapat mengurangkan keparahan kes dan kemasukan ke hospital.

Media Baharu